saya ada seorang adik

Wednesday, October 27, 2010
ala, boleh tak nak jugak post entry. ish.ish.ish.boleh lah.bolehlah. pastu baru hiatus lagi. ehee (^^)



______________
salam reader(s)
saya ada seorang adik lelaki yang bernama Ahmad Nabil Mustaqim Bin Marhaban. adik saya berumur 11 tahun. satu family panggil adik saya 'adik' tak pun 'anje'.

adik saya punyai masalah mental sedikit. owh.bila saya cakap masalah mental, janganlah ambil ia secara literalnya.

mahu taknye saya cakap adik saya ada masalah mental. cuba awak-awak bayangkan, baru berumur 11 tahun,adik saya sudah melakukan satu attempt untuk lari dari rumah, 1 kali lari dari rumah dan 1 kali menghilangkan diri dalam rumah. Ia,adik saya mental sikit. Nanti saya cerita perihal lari dari rumah dan attempt untuk lari dari rumah itu ye.

owh.adik saya agak sengal juga. satu hari saya suruh adik saya belikan saya topup maxis rm5,saya bagi adik saya rm50, dan kemudian adik saya tertopupkan saya rm50. sudah. seminggu saya terpaksa melukut ditepian gantang mintak mama saya support makan minum serta duit minyak ke tempat praktikal saya. saya cakap, 'adik,ganti balik duit along.'. adik saya balas ' along tak malu ke pow duit dari adik yg berdarjah lima? ' dengan muka selamba. adosy!

dan adik saya suka buat macam tak bersalah kalau dia buat salah. hari itu, dia masukkan baju bewarna orange dalam mesin basuh. baju itu luntur turun colour. baju itu dibasuh bersama dengan baju baru saya yang bewarna pink. sudahnya, baju baru saya sekelip mata jadi baju buruk. selepas itu, adik saya tak mintak maaf pun. dia hanya cakap 'manelah adik tahu nak turun colour'. saya rasa macam nak terajang dia je.ish.

tapi,kadang-kadang,adik saya boleh jadi penglipur lara paling berjaya dalam dunia.

ada sekali tu,saya cakap dengan adik saya. 'adik,belajar rajin-rajin. jangan nak bercinta-cinta waktu sekolah'
adik saya cakap ' cikgu kata budak sekolah boleh je bercinta.'
saya cakap 'cikgu adik sesat lah tu'.
adik saya balas ' e'eh,sedap2 along je nak cakap cikgu adik sesat. Cikgu adik belajar kat UIA tau dulu. Kalau cikgu adik sesat,along pun sesat sebab belajar kat UIA.'
haha.gila tak gila.sebenarnya, cikgu adik saya cakap, budak-budak kecik kena belajar bercinta dengan Allah, Rasul, mak ayah.malaikat,alah rukun iman tu. tapi saya yg tak dengar kasi habis. lepas tu mama saya tergelak terguling-guling tengok saya malu sendiri.

yang saya pergi cerita pasal adik saya ni kenapa? owh.sebab saya tension tatau jawab EPS tadi. haha!




_________________
mood : 'awak,If u dont care about me,dont pretend that you do care. sudahlah awak! plastik'
hohoho.
ha.siapa awak yg awak-awak semua rasa?
;)

11 comments:

Paan Ovrtd said...

Adik anda seorang lelaki....

Saya takde adik...

Hohoho!

Si gadis bunga said...

Paan Ovrtd:
adoi. haru lah ade adik-adik yg banyak ni.
ecece.macam banyak sgt je adik-adik yg ade.

lah,kamu anak bOngsu ye. patutlah anak buah dah nak cecah 20. erkk.19 kan?

fana said...

LOL kelakar adik kamu...

tengok gambar tu.. my adik pun ade rupe rupe macam tu.. br 10 tahun tapi.. Perangai... LOYAR BURUK.

tp mmg buat gelak guling guling je.. huhu

Si gadis bunga said...

fana :

akak, kadang-kadang rase macam nak 'debik' je sekali. hihi. tapi bila dok sorang-sorang dan terigat lawak2 LOYAR SANGAT BURUK dia,hati boleh berbunga-bunga ceria lah plak.
haha.
adik beradik kite ni kan 'enhancer' hidup kite,tak gitu?
;)

Anonymous said...

budak2 boleh bercinta la kak. ape la akak ni. hik3 ;p

Si gadis bunga said...

maCy :

tak tahu plak cikgu adik kita penuh gigih menyemaikan kefahaman berunsur keagamaan pada anak-anak muda macam adik kite.

ahah! ;)

ankeljonni said...

Dgn selamba aku bertanya.... mmmmmm... kakak yg masih bujang ada....

Si gadis bunga said...

Encik Gorilla:

kakak pun tak ada, apetah lagi kakak yg bujang.
haha.

ankeljonni said...

cissssss....

Anonymous said...

part bli top up rm50 tu kelakar nak mati!

Si gadis bunga said...

Ecik Gorilla :
haha.cisss.cesss.cosss

ada :
ahaha,akak,adik kite memang sengal.
haisy. tak patut betol.