mengingati zaman kanak-kanak ribena

Tuesday, November 23, 2010
penipu je title post diatas. bila masa pulak saya menjadi kanak-kanak ribena? cuba jawab?

____________
salam reader(s).

5 years back, I waited 'today' with my heart was beating fast every single second passed as if someone proposes me to be his wife. Well, my imagination goes wild again I would say. A missing left rib, someone! please quickly claims it from me! ecece, here,again,being dramatic is my forte. woi woi..ini sudah lari dari tajuk dan tujuan asal entry ini di post!

ok, 'today' is the first day of SPM and STPM a'aite? Good luck for SPM and STPM candidates! May all of them face these two big examinations peacefully. Ecece, 5 tahun sudah berlalu, sekarang baru rasa SPM itu kacang! pejam mata pun boleh jawab. woi woi,penipu besar dah ni, how could your read the questions by closing your eyes? ini hiperbola tak masuk akal ni.

tahun 2005, SPM semasa tahun tersebut jatuh pada (kalau tak silap saya) seminggu after eidul fitri. during the revision period, konon-konon bersumpah tidak mahu makan kuih raya banyak-banyak, tidak mahu jalan beraya sekaligus kumpul duit raya, tidak mahu menonton rancangan2 television yang seksi menggoda, tapi awak-awak semua tahu jelah betapa hangat-hangat tahi ayamnye saya punya azam dan janji. semua janji pergi ke longkang,as expected.

saya bukan manusia yang ditakdirkan untuk berkepit seperti belangkas dengan buku-buku ilmiah, walau spectacle tebal macam kamus marbawi,alah spec tebal sebab saya suka tengok tv 24 jam. haha. sebab itu, saya punye UPSR kurang satu 'AYU' nye, PMR juga kurang satu 'AYU'nye, dan SPM, kekurangan AYU dalam result getting worse. Salah satu sebab saya tidak menjadi doktor ialah result yang suam-suam kuku untuk 3 papers penting, CET untuk both biology and Fizik, dan hanya BOLEHLAH dalam kimia. Paper lain masih ayu~ hehe.

SPM 2005 was so sweet! bukan sweet sebab kene sit for SPM, tapi sweet sebab masih mampu bergelak ketawa dengan rakan-rakan seperjuangan, masih boleh bergolek-golek santai after menikmati nasi goreng air tangan rakan-rakan seperjuangan yang cun-cun, masih mampu senyum-senyum gedik-gedik gatal-gatal sorok muka bawah bantal sebab malu-malu kucing baca mesej dari buah hati puppy love yang comel walau si dia tidak berada dihadapan mata dan masih mampu buat cerita karut pasal hantu t**** yang dikatakan boleh menyorokkan manusia-manusia comel seperti kami kalau mandi after maghrib.

seriously,saya rindu zaman sekolah-sekolah dulu, bukan rindu dengan keberdebaran menghadapi SPM, tapi rindu dengan zaman keinnocent-nan dan kegirangan tanpa masalah besar yang undescribeable! I miss the 8th batch of SMKAKS!

SPM 2005, saya melantik diri sendiri untuk menjadi mak guard yang check kawan-kawan punya examination slip, dan IC daripada ketinggalan atau keterlupaan. sangat comel saya semasa itu. aik ape kehal puji diri sendiri secara tidak semena-mena ni? after check semua keperluan, kami akan melaungkan ALLAHUAKBAR dan baca doa sebelum  masuk ke dewan examniation. sekolah agama ok?

jadik, untuk rakan-rakan blogger(s) yang menpunyai adik-adik atau kakak-kakak atau abang-abang atau sepupu sepapat yang sit for SPM or STPM, please say a very best of luck to him/her. semoga sukses. SPM ialah ticket for bright future~ sungguh! saya tidak tipu.

penantlah merepek. dahlah! tadi dalam BULETIN UTAMA TV3 ada berita pasal seorang budak yang meninggal sebaik sahaja selepas mendengar taklimat peperiksaan. Innalillah.



____________
mood : BC045 K045, nombor giliran SPM, 'puppy love' saya punya no.giliran BC045 K055. Hahaha.... aik, macam bukan K lah..takpe,nanti saya korek box saya.

dan teringat Zhafran yang memakai celak ala-ala gothic bila masuk examination hall. serius takut~
hehe ;)

6 comments:

Paan Ovrtd said...

Eh, sebaya ke kita? I pun SPM candidate 2005 jugak.

Anonymous said...

gilaa siap hafal no giliran,. tabik!!

SPM tak best, sb during my time, time tu bulan posa,. pastu semua pakat buat qiam dengan harapan Allah tolong masa jawab exam,. padahal belajar malas,. tetiba suro Allah tolong,.

Unknown said...

nak skolah balik bleh ?
heee...rindu nak bersekolah..nak pakai bju skolah...nak buat kacau...rinduuu...:(

Cik Chuie said...

whoa......missss that moment tooo...n nteringat kat zhafran juga.....sangat wat org len termasuk sy cakap-cakap belakang!!!! ampunnnnn zhafran!!!!! hahaha miisss sangatlah 8th batch smkaks!!

ili amirah said...

aku juga teringat..hahaa...tapi aku tetap rasa SPM tu susah gak la..kot...

Si gadis bunga said...

Paan Ovrtd:
lah..kalau candidate 2005,makanya kite ni sama muda lah kan.. hihihi ;)

ada:
akak, memang masih segar dalam ingatan tau nombor giliran tu..ecece ;)

haha,salah konsep tawakkal tu.

echah mashuri:
kan echah kan? rase macam tak puas je nak buat kacau kat sekolah dulu..wuuuuhuuu~

Cik Chuie:
bile ntah kite nak wat reunion ni eh?
ade lagi satu yg masih segar dalam ingatan..ade sekali pais masuk dewan tetibe ade org cakap : 'macam bau gudang garam je~"

miyuqiu:
SPM mmmg susah,tak susah dah lame dah kite semua jadi dokter.
wahaha ;)