sudah 3 hari tekak sakit,suara serak basah ala-ala Abot sampai dah boleh keluarkan single bertajuk 'siapa curi kasut tumit saya!'
___________
salam reader(s)
saya terlampau bengang sekarang sebab semalam masa saya pergi ke library awam, kasut terbaru yang baru pakai sebanyak 3 kali di'rembat' makhluk durjana. rasa macam nak bakar library! cet,macam tak pasal-pasal je nak bakar library ni kenapa? sudahnya? saya terpaksa berkaki ayam ke kereta,yang nasib baik ada kasut lain dalam kereta. frust bukan sebab kasut itu dicuri sebab baru pakai 3 kali, tapi frust sebab kasut itu dicuri di library,hasrat murni nak meminjam buku di tainted dgn gejala-gejala tidak senonoh seperti itu.
hari itu.. tak ingat bila exactly,tapi adik saya punye croc pun dicuri , sudahnya adik saya terpakse pulang mengayuh basikal selepas solat jumaat dengan bare foot. selepas itu,dia buat trick gila, padankan croc orange sebelah kanan dan merah sebelah kiri, sampai orang lain dah tak berani nak curi. kekeke. bernas jugak idea si budak nabil tu. hari ini, si nabil pergi ke kedai cendol, katanya mahu cari kerja,sampai pukul 6 tak balik-nalik rumah lagi, saya pun kompius kenapa dia nak sangat kerja macam dah tak ada kerja lain yang nak dibuatnya. takpe, nanti die dapat gaji, i pow dia. tapi saya rasa dia cari kerja sebab nak beli kereta control baru, masih igt kereta control nabil yang saya masukkan dalam parit? haha,saya tak ganti lagi kereta kontrol dia yang itu,memang 2 hari dia tak nak cakap dengan saya.
eh, tadi cakap pasal selipar @ kasut yang kena curi kan?? ok. lagi satu incident dari lecturar muallaf saya. incident yang paling awal yang lecturar saya bilang masih segar dalam ingatan dia ialah " on that day, I learnt the reality of Islam, thou it is not as beauty as what had been said, I still have faith in Islam. The first day I embraced Islam, is the first day I experienced losing my leather shoes". hmmmmm...what to say?
anda semua pernah hilang kasut ditempat awam? rasa macam nak bunuh tak si pencuri? nasib baik si pencuri tak dapat dikenal pasti,kalau tak,mesti dah banyak berita kat newspaper dengan header ' si pencuri kasut dibunuh kejam oleh si owner kasut' kan??
_____________
mood : kuhilang dalam ramai...uwah~ merindui seseorang yang mustahil akan merindui diri ini.. pagi tadi pergi menziarahi kubur arwah sebab terlampau rindu...
5 comments:
ada member hilang kasut dekat masjid putrajaya. balik tak pakai kasut pun. beli tepi jalan. bila ditanya, baru dia jawab, dia pun curi kasut tu masa solat jumaat last few years sebab kasut dia kena curi.
expectation buruk orang sekeliling buat kita rasa malu, bukan?
ehh why u have to take of ur shoes masa dkt library? why lah why lah?
owh! ada word tertinggal. library awam. teehee ingat library uia.
tp still, bkn skang masuk pakai kasut je ke patut nyer?
sbr ye,,.jgn doakn yg xpatut kat org tu. wlpn doa org yg teraniaya tu makbul, n kamu bleh sukati je nak dajal die, but still.. lg besar pahala bila bsabar kan..tak gitu?tehee
klo g smyg jumaat mmg xleh pakai y cantek2. huhu
um, xpna. harap jangan la. huhu
elmog:
kalau expectation mereka tinggi menggunung lagi parah kan dear?
nazaTIMsuria:
tak doa yang buruk2,cume doakan tumit patah atau tersangkut kat jejari gerigi longkang time die cat walk.. haha ;)
tak tahu kenape libry tempat kite kene take off kasut. the system dah macam tu,
maCy:
kalau dekat oversea,biasanya masalah kasut hilang tak ade,mengikut pengalaman lecturer lah..
tapi kenape kat malaysia tak boleh macam tu kan??
Post a Comment