kenapa rasa macam kufur nikmat ni?
______________
salam reader(s)
golek ke kanan ke kiri dan ke kanan semula. hey mata! kenapa kamu berdua tidak mahu tidur ni? degil mahu kena rotan ke? (kan best kalau monolog dalaman boleh dimanifestasikan dalam bentuk 3D?). ok, abaikan. apa ntah saya merepek ni. Dush! tumbuk diri sendiri secara lembut-lembut because I thought I might mislead my beloved reader(s) dengan drama monolog dalaman di atas.
haip. maaf. perenggan pertama di atas bukan saya yang tulis. mungkin ada si makhluk halus yang possess saya semasa menulis perenggan pertama. ok, let's get back to our business ok?
semalam saya pergi ke JJ. nanti, bukan semalam, tapi 2 hari lepas. 13th November 2010. Right after I finished my last paper for the semester, KD, Wa and me decided to treat ourselve with good foods. So, there were bunch of snackssss we bought. Tako Tao, sushi, big apple and fruit tart. (and now I am wondering how many stomachs do I have to accomodate all those 'junkies' at once? ). Eh, tapi saya bukan nak cerita pasal makanan lah!
after we had our lunch at food court(see? makanan lagi. self evident of a real food lover. LOL!), saya rasa sangat pening kepala,rasa macam ada orang main goyang-goyangkan kepala saya. saya pun decide mahu cabut mata palsu saya (jangan ingat bulu mata aje boleh palsu-palsu ni.). bila kami sudah puas berlibur, kami pergi menyinggah ke KFC. Final pit stop of the day. yaeh! I bet lah kan.
Hell, betul betul sangat neraka bila nampak si couple PDA sakan time Q kat depan kaunter KFC tu. tapi,saya nak nampak sangat, sebab dah cabut mata palsu, yang nampak secara jelas dan terang mengenai aksi PDA itu ialah si KD, minah pakai tudung labuh,tapi pakai sneakers dan beg silang. mari kita anggap KD ini sebagai ustazah rock(ish,mati saya bila KD baca ni karang).
ya Allah, punyelah meluat rase macam nak gugur semua bulu-bulu kaki yang ada(kantoi !) bila nampak si pasangan melayu yg beragama Islam berpeluk-pelukan sakan dah kalah belangkas di hadapan orang ramai tanpa merasa segan. kalau saya ni Perdana Menteri Malaysia, masa tu jugak nak buat drama sebabak pisahkan si couple itu dan ikat si lelaki di pokok yang ada banyak kerengga. Biar si lelaki menjerit kesakikan yg tak seberapa digigit sang kerengga-kerengga. yang perempuan pulak saya campak masuk dalam sauna, tak boleh keluar selagi belum masak!
Banyak sangat yang tak kena dengan si couple.
1) kita boleh bezakan pasangan yg sudah sah bernikah atau pasangan yg sudah berkahwin tanpa bernikah, which we believe yang memang si gadis dan teruna yang main peluk-peluk tu langsung tak ada ikatan yang sah!
2) si gadis memakai baju kebangsaan,but shame on her sebab tak pakai kain dalam,and KD cakap si gadis kelihatan seperti hanya memakai baju kurung tanpa kain. Jarang dan lutsinar. (dipercayai, kerana saya tak nampak)
3) si teruna sangat kurus. I mean sangat-sangat-sangat-sangat-sangat KURUS. Hai,kenapalah si gadis itu macam masyuk sangat memeluk-meluk si teruna? kalau saya lah, saya rela peluk skeleton yang adalam dalam makmal biologi sekolah menengah saya untuk dipeluk, barulah feel, sebab disamping memeluk boleh kira ada berapa tulang selangka dia.
4) si teruna muka macam gangster pecah rumah, dan si gadis tidaklah se jelita macam saya, cuma sebab sigadis punye rambut rebonding je yg buat si gadis kelihatan 'gah' sikit. Eleh.
dan bila keluar saja dari premis dimana PDA di pertontonkan, KD mulalah bukak bicara.
" apa nak jadi dengan budak sekarang ni ha (cakap macam org dah tua). Rosak. Sedih tau kita tengok. nak tegur kemungkaran pun sudah hanya dgn cara yang paling lemah iman dah. kita kalau nak anak-anak kita baik,solehah, kita kena jaga anak-anak orang lain jugak. mencabar nye nak jadi mak ayah zaman moden sekarang ni. "
kami berdua ( saya dan wa) mengangguk-angguk. almaklumlah,dengar saja dari yang punyai pengetahuan lebih sikit dalam bidang agama.
____________
mood :
nak tempe! nak tempe! nak tempe!
err, saya gadis biasa,tudung tidaklah sebesar dan selabuh blanket. but I strongly believe PDA terlampau is unacceptable!
I want to be a person with a strong personality. The one who did what he had to do because it was the right thing to do, that is all matter. We are all ordinary people but we may do things extraordinarily. Even an ordinary people within their own small ways, turn on a small light in a dark room. (:
4 comments:
Kadang-kadang nak jadi judgmental sangat pun tak boleh jugak. Budak2 sekarang ni jenis tak paham kias.
kdg2 kita yg tgk jadi segan... diorg selamba je...
me ngn hubby bila dah nikah baru pegang2 tgn aww romantik gitu.
ok jgn berangan dat future hubby pn xtau sape ag. haha
n err.. sushi sedap ke
Paan Ovrtd:
budak sekarang memang tak faham kias.
;)
Encik Gorilla:
kita pulak yg rase segan kan?
sesungguhnya dunia sudah terbalik barangkali.
maCy:
ececececece maCy.
err, sushi memng sedap! wihii..tapi kene cari betul-betul kadang-kadang even ade tande 'halal' itu hanya sebagai formality je. kene pandai cari yang penting ;)
Post a Comment